Wednesday, July 19, 2017

Evolusi Baju Kurung Perempuan

Baju kurung perempuan telah mengalami pelbagai evolusi selaras dengan perubahan masa. Baju kurung sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya

Pakaian orang melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses inovasi dan evolusi. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri,malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang China, India, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik. Pakaian wanita yang masih popular hingga kini termasuklah baju kurung moden, baju kebaya moden dan sebagainya.

BAJU KURUNG MODEN

Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional. Ianya kelihatan lebih moden dan diberi pelbagai sentuhan bagi menyuntik kelainan namun ia seiring dengan perkembangan zaman. Antara ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional ialah potongannya, fabrik yang pelbagai dan hias tambah untuk mencantikkan lagi baju.

Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik dan ia tidak gelobor saperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden tidak mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi baju. Namun ciri -ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan panjang dan masih digunakan dengan kain sarung.

Rekaan baju kurung moden yang direka dengan potongan yang mengikut bentuk badan dan juga tidak berpesak. Antara tambahan lain ialah ropol yang dijahit pada bahgian lengan, ropol pada bahagian hujung baju, lining, piping, bunga, renda, tambahan chiffon pada bahagian bawah baju dan sebagainya.




Klik di sini untuk melihat koleksi Baju Kurung Moden Daisy

BAJU KEBAYA MODEN

Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Baju kebaya pendek pula telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju. Baju ini mendedahkan bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah belakang badan. Kain yang biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut badan. Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat seperti kipas. Dewasa ini,baju kebaya juga turut dipadankan dengan seluar.


Baju kebaya moden juga telah mengalami evolusinya tersendiri. Disebabkan fesyen peplum menjadi pilihan ramai masakini, kebanyakan keluaran fesyen baju kebaya moden pada musim Hari Raya Aidilfitri tahun 2017 telah dikenalpasti mengikut gaya potongan peplum. Baju kebaya peplum ini direka dengan potongan beralun pada bahagian pinggang baju memberikan penghasilan yang cukup menyerlah bagi pemakai. Kainnya pula diberi nafas baru potongan jenis duyung supaya pemakai tampak lebih langsing.



KESIMPULAN

Walaupun baju kurung telah mengalami proses evolusi dan inovasi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.

No comments:

Post a Comment

Lagi tips kurus

Hi darlings! Sebenarnya berat sis mmg senang naik. Nak turun plak macam semut. Stress tau. Tapi nak buat camne kan, sebab ia bergantu kep...