Thursday, July 20, 2017

Tips Kurus 2017

Sebenarnya saya dah lama meninggalkan dunia blog sejak penuh aktiviti dengan workload kerja, master study, outsation, jaga anak-anak, business and etc. Bayangkan blog pertama post pada 5 March 2010, and then after that ada 2 blog iklan sebab saje nak test-test. Lepastu hilang sepi seribu bahasa.

Now I’m back on track. Saya nak kongsi pengalaman diet saya beberapa bulan lepas. Susah nak disiplin kalau bab diet ni, tambahan pula dikelilingi oleh ofismate yang suka makan (u know who u are..haha). Sampaila 1 tahap tu saya timbang berat badan kat rumah my MIL, naik 10kg! Macam, eh mungkin weight scales tu rosak agaknya. Kat bawah ni saya tunjukkan gambar saya membesar bagai juara. Mungkin bagi org lain “alaa x gemuk sgtla, “nampak biasa je” “aku lagi gemuk dr ko”. Tapi pada saya, kenaikan 10kg tu agak mendadak dan memberi impak yg besar terhadap penampilan dan tahap confident saya. Apabila try fitting Blouse Clara ni pun segan-segan sbb rasa gemuk. tapi masih kelihatan comel lagi la hahahaha. Muat tu muatla, tapi jelas nampak berisi giteww.


Pastu kan, haritu pergi la KLCC nak cari dinner outfit for event. Macam teruja tengok baju Vivy Yusof by Youmehunny ni. Cantik dan unik. Dah la Vivy mmg idola saya, rasa segala-galanya nk ikut dia. Harap-harap dapat pakai bergaya macam dia nnti eh.



So pergila try fitting kat Isetan. Eh apesal pakai size M mcm susah nak sarung. Pastu amek gambar. Ya ampun, buruk nau. Tgkla ni.



Nangis ok! I look down at my body seeing my overly fat on my belly, pipi dah macam pau, dah xde pinggang, lotsa back fat, armpit fat haiihh. Patutla tak muat. Sejak dari hari itu saya berazam nak on diet secara serius. Saya rasa nak try Diet Atkins ni sebab my friend pernah try and senang turun janji kena ada disiplin tahap tentera. So saya pun study la menu diet atkins ni, baca artikel , blog and facebook.

Refer kat sini untuk Blog:

Refer kat sini utk Facebook:

Fuh, mencabar gak nak diet atkins ni! In my opinion supaya diet saya konsisten dan tak agresif sgt, I put this way, saya boleh makan apa sahaja kecuali nasi & gula. Rasa ringan rules sebegitu. Tu permulaan ya. So I cook my breakfast and lunch, bawa bekal ke ofis (x kira la org nak ckp apa). Untuk breakfast saya ambil telur goreng & sosej. Lunch pula saya makan sayur paku pakis rebus & ginger steam fish. Pastu tukar-tukarla menu tu, yg penting ada protein dan sayur yang byk. And then minum lah air masak banyak2. Makan tu kena rilek-rileks je x perlu gelojoh sgt sbb kalau makan dengan gelojoh saya dapati badan saya cepat naik hehe.

Dalam masa seminggu turun 2.5kg. 1 pencapaian yang baik. Lepastu saya workout join Jazzerscize by mystudio alam budiman.



After all those diet and workout, saya pun try la Blouse Clara ni sekali lagi. Alhamdulillah, makin mengecil dah berbanding Blouse Clara kat atas tu kan! Dan-dan kena paksa jadi model. Eh? Kakak dah pencen ok.


Selepas 2-3 bulan berat saya terus menjunam turun another 4.5kg.Tambahan pula diet di bulan puasa, lagi senang nak capai target. Jadi keseluruhan berat badan yang berjaya diturunkan adalah sebanyak 7kg. Daripada 60kg now dah jadi 53kg. Ah-mazing kan. Badan pun rasa saaangat ringan dan senang nak buat kerja tanpa rasa mengah. Ingatkan dah tak dpt diselamatkan lagi. Saya target nak turun lagi 3kg jadi 50kg nanti. Insyallah. Disiplin perlu ada kalau nak diet ni. Sekarang pun berat badan belum nak konsisten lagi sebab kadang2 naik 1-2kg tapi saya make sure tak lebih daripada itu! Yela, penat-penat diet sebelum ni kan. So, all the best for u guys out there kalau nak try cara saya yg x seberapa ini ok! INGAT, CUT/KURANGKAN CARBO & GULA OK! 

Nah, belanja gambar terbaru saya. Till then. xoxo.





Wednesday, July 19, 2017

Evolusi Baju Kurung Perempuan

Baju kurung perempuan telah mengalami pelbagai evolusi selaras dengan perubahan masa. Baju kurung sesuai dipakai oleh semua golongan masyarakat tidak mengira usia. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya

Pakaian orang melayu kini lahir daripada pertumbuhan dan perkembangan pakaian orang dahulukala melalui proses inovasi dan evolusi. Proses ini bukan sahaja berlaku akibat peradaban awal masyarakat ditempat itu sendiri,malahan yang lebih penting akibat daripada pengaruh daripada pedagang China, India, Arab dan Eropah. Unsur-unsur tamadun dari timur dan barat ini diolah dan digabungkan menjadi satu budaya yang beraneka rupa serta indah dan unik. Pakaian wanita yang masih popular hingga kini termasuklah baju kurung moden, baju kebaya moden dan sebagainya.

BAJU KURUNG MODEN

Baju kurung moden mempunyai ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional. Ianya kelihatan lebih moden dan diberi pelbagai sentuhan bagi menyuntik kelainan namun ia seiring dengan perkembangan zaman. Antara ciri-ciri yang berlainan dengan baju kurung tradisional ialah potongannya, fabrik yang pelbagai dan hias tambah untuk mencantikkan lagi baju.

Baju kurung moden digubah supaya kelihatan kemas dan menarik dan ia tidak gelobor saperti baju kurung tradisional. Ini kerana baju kurung moden tidak mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian sisi baju. Namun ciri -ciri utama masih dipelihara. Sebagai contoh, pakaian ini masih berlengan panjang dan masih digunakan dengan kain sarung.

Rekaan baju kurung moden yang direka dengan potongan yang mengikut bentuk badan dan juga tidak berpesak. Antara tambahan lain ialah ropol yang dijahit pada bahgian lengan, ropol pada bahagian hujung baju, lining, piping, bunga, renda, tambahan chiffon pada bahagian bawah baju dan sebagainya.




Klik di sini untuk melihat koleksi Baju Kurung Moden Daisy

BAJU KEBAYA MODEN

Baju kebaya mempunyai dua versi iaitu baju kebaya labuh dan baju kebaya pendek. Baju kebaya labuh dikecilkan sedikit untuk mengikut bentuk badan si pemakai. Baju kebaya pendek pula telah diubahsuai untuk kelihatan lebih menarik dengan mengadakan sulaman berbiku di bahagian hujung lengan, dan di tepi bahagian belahan serta di bucu baju. Baju ini mendedahkan bahagian leher dan dada serta berzip di sebelah belakang badan. Kain yang biasa digunakan adalah kain batik lepas yang dililit mengikut badan. Hujung punca kain di bahagian hadapan diikat seperti kipas. Dewasa ini,baju kebaya juga turut dipadankan dengan seluar.


Baju kebaya moden juga telah mengalami evolusinya tersendiri. Disebabkan fesyen peplum menjadi pilihan ramai masakini, kebanyakan keluaran fesyen baju kebaya moden pada musim Hari Raya Aidilfitri tahun 2017 telah dikenalpasti mengikut gaya potongan peplum. Baju kebaya peplum ini direka dengan potongan beralun pada bahagian pinggang baju memberikan penghasilan yang cukup menyerlah bagi pemakai. Kainnya pula diberi nafas baru potongan jenis duyung supaya pemakai tampak lebih langsing.



KESIMPULAN

Walaupun baju kurung telah mengalami proses evolusi dan inovasi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.

Lagi tips kurus

Hi darlings! Sebenarnya berat sis mmg senang naik. Nak turun plak macam semut. Stress tau. Tapi nak buat camne kan, sebab ia bergantu kep...